Rabu, 10 Mac 2010

Selendang Merah dan Bengkong Hitam

( Selendang Merah ) - Berbentuk Lam alif atau hak Khilaf, Adalah Pakaian Utama Panglima Perang dan dipakai semasa Darurat sahaja, tidak boleh sewenangnya dipakai, pantang dibawa ketempat Maksiat dan tempat kotor, ia mempunyai qosam dan wifik amalan perang yang diberi khasiat oleh allah taala sebagai pelindung diri dan keluarga juga masyarakat amnya, ibarat sebuah payung ghaib yang dapat menangkis sebarang bentuk senjata musuh dgn izin allah pula akan di bantu tentera tentera allah dilangit yang tujuh mewakili selendang itu turun kebumi dan menjelma atau tidak menjelma seramai yang kita tidak terfikir banyaknya, hanya allah yang tahu. Semua akan berlaku dengan izin allah semata mata, adalah tidak mustahil bagi allah melindungi sesiapa yang dizalimi oleh musuh-musuh islam. ( Bengkong Hitam ) - Berbentuk bengkung dan diikat dipinggang, dgn kain berwarna hitam menggambarkan ia adalah merbahaya sekali. Bengkong Hitam di amanahkan allah seorang Panglima utk menjaga qosamnya yaitu Panglima Hitam yang amat garang dan ganas sekali, hanya dipakai semasa hendak menentang musuh sahaja, mendatangkan keberanian secara tiba dan menyerang musuh dengan kekuatan berpuluh kali ganda manusia, istilah "Amuk " amat sesuai bgnya, ia diamanahkan allah muakil bawah bumi yg tujuh untuk menjaganya, bilangannya amat ramai dan tidak diketahui,hanya allah yang tahu. Tetapi harus diingat bahawa kedua-dua pakaian perang ini harus menjalani suluk terlebih dahulu untuk menguji bahagian dalaman yaitu hati dan jiwa.Bukan mudah utk memilikinya, ia mengandungi amalan Harian yang perlu dilakukan setiap hari sebagai pakaian diri.

Pedang Kalimah 13 Mei

Pedang ini pernah makan darah,pernah diterbangkan pd 13 Mei dahulu.

Pedang Kalimah diisi ayat empat dan amalan perang